feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Permohonan Tuntutan Dan Tuntutan Pelajar Orang Kuarang Upaya (OKU)

Labels:

Tue, 10 Feb 2009

Kepada semua pelajar,

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah menyediakan kemudahan bantuan kewangan dengan kadar sebanyak RM300 sebulan kepada semua pelajar OKU di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang memenuhi syarat dan kreteria yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu, semua pelajar OKU yang bekelayakkan boleh mengemukakan tuntutan.

Untuk tuntutan bayaran, setiap pemohon perlu membuka akaun Bank Islam Malaysia (BIMB) atau CIMB bank terlebih dahulu dan mengemukakan dokumen-dokumen berikut :

a) Salinan Kad Pengenalan pelajar
b) Salinan Kad jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
c) Salinan kad matrik/pelajar
d) Salinan Buku akaun Bank Islam Malaysia (BIMB) atau CIMB bank
e) Salinan Surat tawaran
f) Salinan Keputusan peperiksaan terkini
g) Status pengesahan terkini pelajar

Sebarang maklumat, sila hubungi Puan Harnizah Asman di talian 03-78092078 di Jabatan Hal Ehwal Pelajar, di Block B, Kelana Jaya.

Sekian, harap maklum.

Regards,
~Harnizah Asman~
Student Welfare & Administration Unit
Student Affairs Department
Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)

Total Visitors